Kisah Jebat dan Tuah cukup sinonim dengan jiwa Melayu. Kisah Jebat dan Tuah yang dibaca dalam sejarah lakaran Tun Sri Lanang sebenarnya masih hidup dan mewarnai kehidupan kita masa kini. Siapa sangka kita adalah Tuah..kita jualah Jebat itu. Sememangnya dalam jiwa Melayu itu terpahat semangat Tuah atau Jebat.
Melayu Tuah adalah melayu yg taat setianya tidak berbelah bagi. Yang diatas perlu dihormati yang dibawah menjunjung titah tanpa membantah biar jiwa merana biar hati sengsara. Kerana titah Tuah sanggup mempermainkan cinta Teja, kerana titah Jebat saudara terdekat mati ditangan Tuah. Melayu Jebat lebih kasar akan perwatakannya. Bagi Jebat yang salah biarpun diatas perlu disanggah.
Tuah pandai bermain silat tapi tangannya terikat. Bagi Tuah jiwa melayu jiwa hamba. Penuh budi bahasa dan taatnya tiada berbelah bagi. Jebat jiwanya lebih merdeka. Pantang mengalah dan berani mencabar hatta pembuat titah. Jebat merungkaikan ikatan hamba yang membelunggu dalam setiap tindakan. Membesar bersama-sama meniti ranjau menjadi panglima Melaka tidak menjanjikan pengakhiran mereka serupa. Tuah kian disanjung dalam sejarah melayu sedangkan Jebat hanya sekadar pelengkap cerita. Benarlah kata-kata Keris Mas “Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan; hilang atau terbilang”
Menjadi si Tuah bukanlah salah. Tuah diperlukan dalam organisasi. Jebat juga bukan sentiasa benar. Sesekali amarah Jebat mencetuskan kekalutan dan mengusutkan keadaan. Namun kehadiran Jebat perlu untuk mengingatkan mereka agar jangan bermain dengan api. Cuma andai benar apa yg dipentaskan..durhakakah Jebat ..berikanlah jawapan...
Jebat dan Tuah sememangnya ada dalam diri kita semua. Jika ingin menjadi Tuah, jadilah Tuah yg setianya bertempat.. jiwa hamba yang menunduk tapi merdeka. Jika kagum dengan Jebat, hayatilah sifat Jebat yang membela. Namun dalam senario dunia politik masa kini, dimana periuk nasi dijadikan pertaruhan tatkala prinsip dan maruah bukan bahan sanjungan, masihkah kita berani menJEBATkan diri...
No comments:
Post a Comment