Tuesday, February 3, 2009

Romantis: Cinta lelaki pelik, unik..


CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.Lega apabila pasangan memujuknya.Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menyayanginya.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kem bali.Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Tuesday, January 13, 2009

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat - UMAT ISLAM PATUT AMBIK TAHU!

Pengertian Bulan-Bulan Masehi


* 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

* 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

* 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

* 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).

* 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

* 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
* 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

* 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

* 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

* 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

* 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

* 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.


Nama Asal Hari-Hari Masehi


* 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.

* 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.

* 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

* 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.

* 5. Thursday - berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

* 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.

* 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.