Tuesday, March 25, 2008

Bicara Hati..Meghiris Kalbu..

Jam berdetik...masa terus berlalu..meninggalkanku yang masih berteleku..
Setiap detik yang berlalu...tandanya umurku juga turut beranjak..dalam usia yang sebegini..apa yang telah dapat aku capai dalam hidup..Kerjayaku..masih begini lagi...tiada apa yang dapat dibanggakan..Jodoh..rasanya macam masih jauh lagi..
Mencari jodoh ibarat meniti jambatan...jambatan pula ibarat perjalanan dalam percintaan...ada orang pendek jambatannya...dan elok pula tu...orang yang begini adalah insan terpilih yang bertuah... Jodohnya cepat kerana jambatannya singkat. Ada pula orang yang jambatan panjang dan banyak rintangan. Di permulaan jambatan kelihatan elok sekali,kemudian dipertengahannya pula jambatan mulai reput dan perlukan lebih perhatian untuk berjalan diatasnya. Sekiranya salah pijak, kita akan jatuh ke bawah.Sekiranya jatuh bersama teman..itu tandanya rela susah dan senang bersama.Tapi kiranya jatuh seorang diri,alangkah kesiannya diri ini.Luka di hati dirawat sendiri dan terpaksa menghadapi cabaran hidup yang mendatang seorang diri. Terpaksalah mulai mencari jambatan baru untuk dilalui semula.Sekiranya berjaya sampai ke penghujung jambatan dengan selamat, insyaallah..sudah sampailah jodohnya.
Kadang-kadang Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah agar dapat menjadi penilai yang baik dan kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk Allah yang sentiasa mengharapkan pertolongan-NYA. Berdoalah..luahkanlah perasaan dan mintalah apa saja kepada Allah didalam setiap solat. Insyaallah..Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani.
Kita selalu dengar.."Wanita yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik". Tetapi dalam kehidupan, tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Banyak kisah yang kita dengar isteri didera oleh suami. Wanita begini sengaja diuji, Allah ingin melihat ketabahan hatinya. Dan ingatlah, Allah hanya akan memberi ujian yang mampu ditempuhi oleh hambanya sahaja.
Setiap yang bahagia akan sentiasa diuji dengan derita. Dan sebagai hambanya, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan segala rahmat kurniaanNYA. Ingatlah...segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri kita jua.

No comments: